Dilahirkan dan dibesarkan di Kemaman, Terengganu. Berkahwin dan menetap di tempat yang sama. Berumur 28 tahun dan pernah menyumbangkan khidmat sebagai seorang guru di Terengganu. Nama penuh Zaza Azrina bt Zabli. Pernah berkhidmat di SMK Sultan Ismail II, Kemaman selama 1 tahun iaitu pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2010 mengajar di SMK Sultan Ismail, Kemaman. Kemudian di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, Kemaman pada tahun 2011.Subjek yang pernah diajar ialah Sejarah, Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Sains Pertanian). Kini menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama setahun, dalam bidang Sains Pertanian.
Advertisements