Soalan ulangkaji pengenalan kepada sains.

1.Antara berikut yang manakah aplikasi sains?

A. Mengoyak kertas dengan tangan.

B. Menghafal nombor telefon.

C. Belari di padang.

D. Berbasikal ke sekolah.

2. Antara berikut yang manakah fenomena semula jadi?

A. Pertumbuhan anak benih.

B. Pemanasan pada mentol.

C. Kereta yang memecut.

D. Detikan jam.

3. Apakah yang di maksudkan dengan fenomena alam?

A. Bidang ilmu yang berkaitan dengan tanah sahaja.

B. Segala kejadian yang melibatkan benda-benda hidup sahaja.

C. Segala kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi.

D. Ilmu pengetahuan tentang perkembangan sains dan teknologi.

4. Antara yang berikut,yang manakah fenomena buatan manusia?

A. Banjir.

B. Gempa bumi.

C. Pencemaran udara.

D. Letupan gunung berapi.

5. Antara berikut,yang manakah fenomena semulajadi?

A. Kejadian gerhana.

B. Penciptaan satelit.

C. Pembinaan lebuh raya.

D. Penemuan spesies tumbuhan baharu.

PMR ‘07

6.Manfaat sains termasuk

I. Memendekkan jangka hayat manusia.

II. Mencipta pengangkutan yang lebih baik.

III. Mencari rawatan bagi pelbagai penyakit.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. I,II dan III

7. Antara berikut yang manakah merupakan definasi terbaik bagi sains?

A. Pemikiran saintifik.

B. Susunan ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling.

C. Proses yang berlaku kepada organisma.

D. Proses-proses semula jadi yang seimbang dalam benda hidup.

8. Jika Abu berminat dalam kajian cuaca bumi,apakah bidang kajian yang patut di ambilnya?

A. Geologi

B. Zoologi

C. Astronomi

D. Meteorologi.

9.Apakah yang dikaji dalam bidang astronomi?

A. Komunikasi wayerles.

B. Cuaca dan iklim.

C. Jirim dan tenaga.

D. Planet dan bintang.

10.Antara kerjaya berikut,yang manakah berasaskan sains?

A. Tukang kebun

B. Ahli psikologi

C. Tukang jahit

D. Ahli Ekonomi

11. Maklumat di bawah menunjukkan peranan dua jenis kerjaya.

kerjaya J = Menyelia dan mendispens ubat-ubatan

kerjaya K = Mereka bentuk dan mengawasi pembinaan bangunan.

Apakah yang diwakili oleh J dan K

A. J = doktor K = penulis
B. J = pakar diet K = ahli fizik
C. J = ahli farmasi K = arkitek
D. J = ahli kimia K = ahli geologi

Jawapan:
1.D 2.A 3.C 4.C 5.A 6.C 7.B 8.D 9.D 10.B 11. C

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s